Saturday 12 March 2011

MISI dan VISI SMAP KAJANG

 MISI 
Memastikan warga sekolah mencapai taraf dunia melalui pendidikan berkualiti dan kesepakatan semua pihak selaras dengan tuntutan agama, bangsa dan negara

VISI
 Melahirkan Pemimpin Masa Depan

Motto: 
Berilmu, Beriman dan Beramal

Slogan:
 SAMPK Strives for Excellence

Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah
Pengetua: Puan Hjh. Aminah bt Idris
Penolong Kanan: Tuan Hj. Mohd  Rezazali b Ahmad Ansar
Penolong Kanan Kokurikulum: Encik Tohit b Sidek
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Muhammad Rujhan b Adnan

Ketua Kaunselor Cemerlang: Puan Hjh. Nafisah bt  Mohd ( setiausaha)

Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa: Puan Hjh Hashimah bt Hj Hashim
Guru Kanan Sains dan Matematik: Puan Zaini bt Yahya
Guru Kanan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Puan Jamaliah bt Rani
Guru Kanan Kemanusiaan : Puan Zainon bt Ismail
Guru Kanan Teknik dan Vokasional: Puan Mahani bt Mahat

Ketua Pembantu Tadbir: Puan Hamidah bt Abu Bakar
Ketua Penyelia Asrama: Encik Aziz b Baharum

24 November 2010 - Soalan Tambahan - MP PKR Machang

P.Ramlee - Tiada Kata Secantik Bahasa

ahli Bahasa Antarabangsa


Puan Fazilah bt Mat sebagai Ketua Panitia Bahasa Antarabangsa yang mengajar bahasa Jepun. Hebat kerana boleh menguasai bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Pelajar seronok belajar bahasa Jepun kerana Negera Jepun antara pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.

Puan Law Yen Teng sentiasa ceria dan kadang-kadang kelihatan ada sesal  di wajahnya kerana ada pelajar yang tidak nampak akan kepentingan belajar dan menguasai bahasa China.


Encik Tohit b Sidek guru bahasa Peranchis yang berjawatan Penolong Kokurikulum Sekolah. Sentiasa ceria dan sentiasa mencari masa untuk mengajar kerana sering sibuk dengan tugasan luar.

ahli Jabatan Bahasa Inggeris

Puan Rahimaton bt Hj Haron, dilantik menjadi Ketua Panitia apabila Puan Zaiton menarik diri. Guru ini telus dan tegas dengan anak didiknya. Seorang guru yang tidak suka berlengah-lengah dalam pekerjaan dan sentiasa bertenaga dalam menjalankan tugas.

Kecil molek ini bernama Puan Siti Aisyah bt Akahsah. Sentiasa bertenaga dan sukar menyatakan tidak kepada sesiapa yang perlukan bantuan.





Puan Nor Suhaila bt Sulong sentiasa dengan senyuman, lemah lembut orangya namun ada ketegasan dalam mendidik.

Sifat lemah lembut ini juga ada pada Puan Mayarnis bt Abu Mansur yang sentiasa berusaha untuk mendidik anak bangsa walaupun ada anak didik yang menguji kesabarannya.
Puan Zaiton bt Mohamed seorang guru yang tenang disebalik pendirian yang tegas. Banyak berdiam dan bercakap apabila perlu dan berani bertanggungjawab tentang perkara yang dicakap dan perkara yang dbuat.
 

Adik-adik ahli Jabatan Bahasa Melayu

Pendidik Bahasa Melayu : Puan Amnah bt Labib sebagai Ketua Panitia yang berpengalaman dalam pengajaran bahasa Melayu terutama peringkat menengah rendah begitu juga Encik Najid b Md Zin yang sentiasa berusaha mempertahankan kecemerlangan Bahasa Melayu PMR.

Puan Ku Zaleha seorang guru yang menguasai semua aspek bahasa Melayu. Pelajar patut mengambil kesempatan dengan mendekati  guru ini untuk memperoleh gred A+ dalam SPM.

Guru yang bernama Puan Khairul Azwa amat disenangi pelajar namun tetap tegas dalam mendidik anak-anak.  Puan Norzelasari  lemah lembut orangnya, kemas dalam setiap kerja,dan bersikap  akur namun ada pendirian diri.

Semua guru ini mempunyai tugas-tugas khas yang berat dan mengajar 30 waktu seminggu, walau bagaimanapun beban itu dipikul dengan penuh daya dan disulami dengan gelak ketawa supaya terus bertenaga.

Friday 11 March 2011

JABATAN BAHASA 2011 dan Ahli

Puan Hajah Hashimah bt Hj Hashim


 Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa:  mendidik anak-anak tingkatan 5 dan tingkatan 1 dalam subjek Bahasa Melayu.


Bermula tahun 1984 29 April hingga era globalisasi masih setia menjadi  pendidik yang digelar guru kepada anak-anak bangsa.


Usia yang menjangkau setengah abad dalam dunia pendidikan memberi banyak pengalaman yang sebenarnya mendidik diri untuk menjadi manusia yang lebih jelas tentang erti hidup dan hala tuju insan bernama guru.


Semangat masih kuat walaupun desiran angin keletihan sering  menyapa...Pada usia sebegini sebenarnya sudah patut untuk melabuhkan layar tapi itu kata usia, lain pula kata semangat yang sentiasa memberi dorongan dan kekuatan untuk terus berbakti.